Eceh.. eceh.. title entri tak menahan. Acah-acah dah lama hidup single. Dah lama membujang ke gamaknya sampai gitu sekali haa. Ke nak promote diri ni. Helloooo sapa ja yang nak baca kalau promote diri kat sini. This is my electronic diary and kesah apa aku takdak orang nak baca.
Kayy tapi macam tak bermotif pulak aku nak menulis entri ni. Tetiba je ni.. tetiba je ni... hahaha. Aku masih lagi sweet nineteen tapi org lain sibuk dok hentam aku dengan soalan gitu haa, "Eh.. single lagi kee.." cis cis. Kau diam.
Bukan apa. Bila ditanya sebegitu rasa macam.. "eh..eh.. tak laku ke aku ni? aku dah tua ke?" huarghhhh kejamnya sapa yang dok tanya tu. "Ekau dah kahwin ke haaa?" mau ja aku baling balik soklan gitu ke dia. Sibok jee dgn life org ye Jemahhh.
Okay la. Aku admit yang org zaman sekarang susah sgt dah nak cari yang betul2 single. Bukan nak masuk dalam belanga goreng sendiri, bukan. Cuma menyatakan hakikat sebenar. Wait. Kenapa aku single? Saja nak tunjuk suci ke apa. hihiii. Mana ada lah wei! Sapa je sanggup hidup membujang kan. Aku pun nak jugak rasa ada boifren ni tapi...tapi... macam tak bersedia je.. macam tak bersedia je.. haha.
Kayy. Ini bagi pandangan diri aku laa, bagi gegirls kat luar sana yang berstatus single jugak, ndak laa aku tau bahh. Bagi aku, bukan nak tolak rezeki or tolak jodoh, tapi aku belum bersedia. Bersedia dari segi apa? Lepas couple nak terus nikah ke apa?? Tidakkkkkkkkkk.
Bukan tak bersedia nak nikah ke apa. Aku belum bersedia untuk mencintai dan dicintai. Acewahhhh kemain ayat aku haa. Sekali aku main dengan sastera ni, org lain boleh hilang punca pendapatan tau. hihik. *tampaq pipi* Ok. Memanglah bagi org lain, lepas couple kalau hati tiba-tiba tak bekenan, tiba-tiba rasa bosan, boleh angkat kaki blah mcm tu je. Hang cantik, cun, segak, comey boleh la wei nak angkat kaki. Aku yang tak seberapa ni, sekali angkat kaki, memang habis teruslah. Bukan semua org nak dekat kita, kan? Sekali kita dumb org, seploh kali kita kena kot.
Cinta. Jangan di buat main. Sayang. Jangan sekadar ucapan. Perasaan.. bukan barang mainan.
Jadi, aku belum bersedia nak serius dengan 3 perkara di atas. Aku, kalau sekali betul-betul jatuh cinta. Selamanya hanya dia. Serius. Ni bukan ayat nak menganjing ke hapa. Tapi, aku setia. Sebab tu aku tak suka nak jatuh cinta membuta tuli.
Dan, ya aku memang senang suka dekat orang tu, orang ni, asal handsome aku rembat je tersengih-sengih. Kepala otak aku cuma tau "Handsome gila bakhanggg." haha.
Bukan apa, seronok sebenarnya tengok ciptaan Allah yang handsome-handsome ni. Normal la kan kalau org laki suka pompuan cantik. So awek-awek jangan dok marah la boipren hampa tgk pompuan cantik. Tu semua lumrah manusia.
Sebabkan perangai gila ni lah aku takut nak jatuh cinta. Aku takut bila aku dah betul-betul sukakan org tu, tiba-tiba aku terjumpa dgn lelaki yg memenuhi ciri-ciri lelaki idaman aku. Ya Allah. Apa yang aku nak buat masa tu? Sebabkan aku ni jenis kalau dah suka tak boleh tinggal, mesti aku akan menyesal seumur hidup.
Pokok pangkalnya, aku masih belum puas mencari. Dan masih lagi mencari. Aku nak bakal suami aku tu, org yg aku betul-betul nak, bukan setakat tangkap muat je. Gilo kau?! Nak jadikan suami weh. Bukan nak buat syok-syok. Stock geli-geli ke. Eiii puihhh.
Stop asking me that silly question okay. I am still sweet nineteen and will always be a sweet teen. kahkahkah. Next year birthday aku yang ke 18 tau, tau! :)
Buat jodoh saya, ileks la awak. Saya sayang awak tau even saya selalu bertukar jadi kerang busuk tiap kali nampak laki handsome. Harap-harap yang saya sengih-sengih tu awak la eh. HAHA.
Salams.
No comments:
Post a Comment