Thursday, 31 October 2013

Sem Break VS Result Final Exam.

Pejam celik pejam celik, kelip-kelip, kelip-kelip.. tup tup dah 20 hari ++ aku dok rumah goyang kaki. Wait. Baru 20 hari lebih weh. Baru 20 hari menikmati nikmatnya sem break, hari ni dah keluaq result final exam. Percaya tak percaya percaya tak?! Percaya laaaaaaaaaaaa!

Ok. Tak cukup meroyan dekat twitter, aku beralih ke blog pulak. Boleh tulis lebih sikit. hmm.

AKU FRUST. tertonggeng.

Ya Allah. Esok nak pi family holiday. Hari ni check result. Kejamnya. Aku takleh terima. Handphone pon sibok la dok bunyi dgn segala call message whatsapp wechat semua depa mai dok hentam aku tanya "haii... cena resut?" "woi result ada ok ka?" "dapat berapa?"

AKU JAWAB BIASA-BIASA JE. TAK OK PON.

Huk alohhhh. Kawe tok dekan macam mung!!!!!

Ye. Result aku tak gempak dan aku tahu sejauh mana kebolehan aku. Aku memang dah dapat agak dah. Dengan test pun tunggang langgang, kelentang kelentung nak dapat dekan? Pergi mimpilah! sobss sobss

Tapi aku lulus semua 8 subjek. Subhanallah. Alhamdulillah. Aku paling takut sekali subjek Biology dengan Pharmaceutical. Dua-dua tu memang killer sebab something new bagi aku. Aku tak penah belajaq biology. Sama jugakla dgn pharmaceutical tu. Gigih dok membaca, hafal and buat calculation sampai tak tidoq berhari-hari. Ya Allah. Cuma doa sajala yang aku dok mintak hari2 dekat Allah. Mintak lulus semua subjek dengan lancar.

Ya ALLAH.

Ternyata ALLAH dengar jugak doa seorang pengemis macam aku ni. ALLAH. Hinanya. Terasa kerdil di sisi ALLAH. Aku yang seringkali alpa dan cuma menghadap ALLAH tatkala dalam kesusahan ni terus rasa terhina. ALLAH dengar doa aku, ALLAH makbulkan doa aku sedangkan test dengan quiz memang kelaut. Teruk. Alhamdulillah.

Itulah orang cakap, lepas berusaha, bertawakal, berserah kepada ALLAH. Mintak ALLAH permudahkan setiap apa yang kita lalui dan halalkan setiap apa yang kita usahakan. MasyaALLAH, besarnya, agungnya kuasa ALLAH.

Jadi, aku pilih untuk bersyukur walaupun tak dekan. Dengan usaha aku yang terlebih gigih time exam tapi main-main masa dalam kelas and test, aku bersyukur.

Tapi aku mengaku. Terbit rasa kesal sebab aku pilih untuk menjerumuskan diri dalam bidang Farmasi. Bergelumang dengan subjek-subjek killer farmasi. Kenapalah aku boleh buat keputusan untuk letak Diploma Farmasi dekat pilihan pertama? Kenapa aku tak sambung ja dlm bidang Engineering yg memang ternyata aku ada semua asas-asas engineering masa sekolah dulu. Kenapa?!!!

Sebab aku nak lari dari Physics.

Eeeeee. Seram subjek physics ni boleh kalah semua seram-seram cerita hantu okayyy.

Semuanya salah physics. Dan kerana physics aku berada dalam bidang Biology yang aku tak pernah terfikir pun nak hadam semua ni. Bayangkan, 2 tahun sekolah belajar pasal ciptaan manusia, ENGINEERING. Tetiba masuk u, belajar pasal ciptaan ALLAH. BIOLOGY.

Yeayy me. hmmm. Susah nak biasakan diri dan pahami setiap inci ayat-ayat yang tertulis dalam buku. I know nothing. Sadis. Lagi-lagi lecture asyik cakap cenggini dalam lecture hall, "Yg ni uolls dah belajar kan masa SPM dulu. Uolls ingat lagi kan? Ok kita boleh proceed."

Damn. Sedar tak beliau dalam beratus-ratus pelajar dalam hall tu, ada tercicir sorang hamba ALLAH yang tak ambik biology masa SPM dulu? Sedar tak??!!

Aku redho. Aku belajar sendiri. Yelah. Dekat Bertam tu aku travel tiap2 hari. Ulang alik dari Permatang Pauh ke Bertam tiap pagi. Nak balik pulak kena tempah bas segala bagai. Naik bas kena bagi cukup-cukup semua classmate baru boleh jalan. Dan aku tenggelam punca macam mana nak jumpa lecturer to have an extra classess.

Damn lagi. Ye. Aku budak baru belajar dan agak terkejut dengan suasana belajar yang kena travel2 ni. So aku jadi blur satu sem. Maksud aku, sepanjang sem. Balik hostel letih, tidoq. Bangun pulak pukul 2, 3 pagi nak study apa yang patut. Dahtu pi kelas mengantuk. Macam-macam la masalah aku.

Dari situ muncul persoalan kenapa mesti DIPLOMA IN PHARMACY?!!!!

Dengan otak yang tak seberapa cemerlang macam student-student lain. Dengan otak yang average je ni, aku antara student yang tercorot. Dorang semua budak2 cemerlang SPM. Major Sc. Stream. Aku major engineering technology!

Pernah mak tanya aku, aku minat tak dengan farmasi ni? Aku taktau nak jawab apa. Aku tak tau minat ke tak. Aku dapat tawaran and just go on. Dan aku tak tau aku minat apa sebenarnya. Aku give up engineering sebab aku phobia masa SPM dulu tak habis lagi.

So, aku just teruskan je apa yang aku tengah buat sekarang. Minat ke tak minat, tolak tepi. Dah alang-alang terjebak dalam bidang ni, go on jelah! Habiskan apa yang aku dah mulakan. Itu saja.

Aku target nak sambung degree dekat oversea. Nak grad on time and buat practical pon on time. Amin. InshaAllah.

Sakit jugakla bila mengenangkan tiap-tiap sem kena tanggung 7 subjek. Tiap2 kali final boleh sakit jiwa raga semua rosak habis. Tapi aku selalu ingatkan diri aku, nak sakit pun, just untuk 4 sem je. Sem 5 dengan 6 dah buat hospital training. So, goodluck to myself. Moga-moga aku dapat grad on time, clear cut apa semua tu. Tak dapat ANC pon tak pa la. Janji lulus semua subjek and dpt grad sama-sama dengan coursemate yang lain.

Dan sebelum tu aku nak ucap TAHNIAH dekat Si Bella ni haa, dia dapat dekan. Alhamdulillah. Semoga kekal dekan dia tu sampai habis sem. AMIN AMIN AMIN.

Ya ALLAH. Bantulah perjalanan hidupku sepanjang mengharungi diploma agar lebih lancar dan lulus semuanya dengan cemerlang. Ya ALLAH, hanya kepadaMU aku meminta dan hanya kepadaMU aku berserah akan segala-galanya, segala usahaku. Moga dipermudahkan setiap kesusahan dan keperitan.

Salam UiTM di hatiku.

Keep Calm and Struggle and Survive Pharmacy.

Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...