kau rasa bila kau ada masalah, sapa yang kau akan cari?
kawan? mak? bapak? adik? kakak? abang?
Itu pilihan kau. bagi aku yang tak suka menyusahkan orang ni, aku pilih utk membebel dekat sini ja. Satunya-satunya tempat yang tak bernyawa, tak boleh gelakkan aku, tak boleh persendakan aku, even tak boleh pujuk aku time aku menangis bagai nak gila. Kadang mcm ni lagi better drpd bercakap dgn orang, memanglah they lend their ears, tapi belum tentu yang mendengar tu ikhlas. Belum tentu yang mendengar tu suka dengan masalah kau.
Pahami lah manusia seperti mana kamu memahami diri kamu.
Kenali lah manusia seperti mana kamu kenali diri kamu.
Bayangkan kau di pihak orang yg mendengar tu. Tipu aa kalau kau cakap kau tak pernah pun rasa masalah orang tu buat kau rasa jengkel. Tipu. Mesti sekali dalam seribu kau ada perasaan meluat dengan dia. Jadi, bila kau ada masalah and nak luahkan, bayangkan org tu adalah kau masa kau jd pendengar. Hm.. kau rasa?
Aku bukan nak menghasut kau jadi forever alone or menjauhkan diri drpd orang lain, just sometime, simpan masalah kau utk kau sendiri settlekan. Muhasabah diri paling penting.
Jenis aku mmg banyak pendam kecuali kalau orang ajak share, aku share tapi bukan semua. Aku tak suka orang tau kelemahan aku. Yelah kalau dah share masalah, dah mmg sah2 la org dpt detect kelemahan kita kan? Aku bukan nak sorok atau apa, cuma kadang2, jgn terlalu bergantung di bahu orang. Lama2 basah baju dia hari2 tadah air mata kau.
Aku sekarang ni mungkin ada terlalu banyak masalah. Jadi aku rasa macam dah sakit jiwa. Paling sakit antara semua sakit. Tapi still ada lagi orang yang nak ajak melawak dgn aku. Sebab apa? Sebab aku tak tunjuk semua masalah aku dkt orang. So, orang takda lah takut nak approach and have fun with me, kan?
Senyum lah sikit walau tengah bersedih. Simpan keluh kesah untuk relfect balik diri sendiri. Stand on your own feet. Kau tu masih hidup, otak kau masih boleh function sepenuhnya, why not gunakan sikit. Sikit je tak mintak kau guna banyak pon. Ok?
Sesungguhnya aku menulis tanpa merancang jauh sekali menyusun ayat-ayat untuk pengenalan, isi-isi mahupun kesimpulan wahahahaahahahaha. Aku tengah tension, seriously.
Lately aku macam asyik nak marah semua orang tapi alhamdulillah dapat kawal kemarahan diri. Masih mampu untuk meyambut jenaka orang, berbalas perli-perlian, bergosip and ect even otak tengah serabut.
Mungkin masalah terlalu menghargai orang, terlalu nak jaga hati dan perasaan orang sampai yang aku tak remuk teruk sapa pun tak perasan. Mungkin aku terlalu nak yg perfect je utk orang yang aku sayang. Kalau boleh aku tak nak di antara mereka terasa apa2 kekurangan, sedih or ect. Walhal diri aku sendiri tak terjaga.
Nak buat mcm mana kan, aku yang pilih utk jadi cara tu.
Aku harap otak aku ni someday berhenti berfikir benda yang remeh temeh ni. Sakit tahu?
Wednesday, 12 February 2014
manusia
Sibuk menghargai orang lain,
sibuk buat orang happy,
sibuk jaga hati dan perasaan orang.
Sampai terlupa diri sendiri dah koyak rabak,
patah sana patah sini,
luka berdarah-darah,
calar balar.
Ada sesiapa ambil kisah?
Ada sesiapa sibuk nak jaga?
Yelah.. nama pun manusia.
Monday, 3 February 2014
Jika.
Jika rindukan saya...
carilah tikar sejadah,
sujudlah pada ALLAH,
tanya-tanyakanlah tentang jodoh kita.
Jika ada,
moga dipertemukan,
moga ada jalan,
moga sama2 sabar dalam mencari keberkatan-Nya.
Jika tiada,
jika tidak berkehendak akan ALLAH.
Maka doa-doakanlah,
moga mendapat keredhaan ALLAH,
moga dipertemukan dengan yang benar,
moga masih diperkuatkan hati dan iman.
Sesungguhnya itu rahsia ALLAH.
Sesungguhnya DIA yg menentukan.
Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti.
Jika benar.
Jika benar.
Tak mengapa.
Berbahagialah kerana ALLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)