Hilang segala seri,
Aku terduduk kaku di atas kerusi,
Menanti jawapan darimu aku terus menanti,
Apakah sudah habis ikatan antara kita?
Apakah sudah terlerai akan semuanya?
Dengan begitu sahaja?
Terdiam aku tatkala hati ini tak henti bertanya.
Aku mahu kau yang memulakan dulu,
Kerna yang tak terjawab itu,
Adalah tanyaku,
Tapi kau tetap membisu dan membisu.
Sekarang ku biarkan semuanya tergantung tak bertali,
Aku biarkan kau pergi,
Seperti apa yang kau kehendaki,
Harapnya kau tak berpatah kembali.
Lamanya kita berpisah jiwa dan raga,
Jasad dan pandangan mata,
Aku pikir antara kita sudah tiada apa-apa,
Kerna ku lihat kau buang pandangan jauh-jauh tatkala kita bersua,.
Namun, pagi yang hening itu,
Mengapa kau menoleh dan tersenyum padaku,
Aku yakin pandangan mataku tidak menipu,
Kerna aku tahu persis senyuman mu,
Kubiarkan senyuman itu mati tak berbalas,
Kena aku keliru dan malas,
Untuk memiliki harapan meski secebis serpihan gelas,
Dan aku tak mahu beralas!
Hari ini kau datang dengan kata-kata,
Kau buat semuanya seperti biasa,
Seperti tiada apa-apa,
Dan aku kelam dan hilang punca,
Usahlah sayang.. usah kembali,
Biarlah apa yang telah terjadi, terjadi,
Jika hadirmu sekadar datang dan pergi,
Usahlah hati aku kau memperjudi.
Rindu yang semakin jauh ni,
Biarkan terus hanyut bersama memori,
Aku tak mahu luka ini berdarah lagi,
Cukuplah perit dahulu yg kau beri,
Aku menjauhkan diri bukan kerana apa,
Tidak mahu kita terus terluka,
Kerana ego yang durjana,
Kita saling menyakiti meski sama sama cinta,Sayang... pergilah seperti mana hari kau tinggalkan ku,
Aku tak mengapa, aku bahagia selepas apa yang berlaku,
Mungkin lebih dari itu,
Pergilah sayang cari kekasihmu yang baru,
Tinggalkan ku yang tak lagi bisa mencintaimu seperti dulu.
.jpg)
No comments:
Post a Comment