Friday, 27 April 2012

Berhati-hati di jalanraya.

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cakap pasal perkara yang serius. Petang tadi aku ada bukak video yg diposkan oleh abg Nazim. Subhanallah. Fist time aku tgk seorang lelaki menangis. Meruntun jiwa ini. Menurut apa yang aku dengar dari video tu, kelmarin abg Nazim terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dengan seorang penunggang motosikal, lelaki jugak.

Alhamdulillah abg Nazim ok, tak ada cedera apa-apa, tapi sebaliknya penunggang motosikal tu, Hafiz, cedera parah. Ya Allah :'( sedih sangat tgk abg Nazim nangis-nangis. Walaupun dia tak cedera, tapi dalam hati, he's hurt a lot! Dia risaukan keadaan Hafiz yg sekarang ni ada dekat hospital dan mintak semua orang doakan supaya Allah panjangkan umur Hafiz dan semoga dia selamat.

That guy really make me cry. Setiap kali aku play video tu, rasa sebak sangat! Macam boleh dapat rasa sakit yg dia lalui. Abg Nazim, please stay strong! Sebelum ini aku selalu play video-video yang dia post, sometimes dia nyanyi, happy sgt muka dia. But today, dia menangis. :'(

Dia, abg Nazim tak pernah terlibat dalam kemalangan and aku tau dia trauma dgn apa yg terjadi. Tak mudah untuk seseorang tu melupakan kejadian yg paling dasyat yg pernah berlaku dalam hidupnya. Aku dulu pun penah eksiden. Even tak cedera teruk, tapi setiap kali teringatkan perkara tu, aku jadi takut sgt. Setiap kali lalu dekat tempat kejadian, aku akan terbayangkan keadaan tu. Menyirap darah.

Apa-apa pun, aku harap sgt abg Nazim tabah. Macam semua orang cakap, ini dugaan dari Allah. Dia sayangkan kita, sebab tu lah Dia uji kita dengan bermacam cara. Hari ni kita happy, bergelak ketawa tanpa memikirkan sebarang masalah, siapa tahu esok kita ditimpa dugaanNya?

Setiap kali ada masalah, aku selalu muhasabah diri. Duduk diam-diam dan berfikir sejenak. Dan dari situlah baru aku sedar, kelmarin aku ok ja, tiba-tiba hari ni fikiran diruntun dengan bermacam perkara, masalah dtg bertimpa-timpa sampaikan kadang-kadang rasa nak menangis. Dugaan dan ujian Allah ni akan datang bila-bila masa saja. Jadi, kita kena tabah dan kuat menghadapi hari-hari mendatang.

Setiap kali ditimpa masalah, yakinkan pada diri, "Hari ni aku berhadapan dengan  masalah, tak kira besar atau kecil, ia tetap akan berakhir. Aku takkan selamanya hidup dengan masalah ini, kerana masalah baru akan datang silih berganti. Itulah kehidupan sebenar. Manusia takkan selamanya bergembira, kerana gembira itu melalaikan. Yakinlah bahawa setiap masalah itu akan berakhir dengan izin-Nya dan Allah takkan menduga hambaNya di luar kemampuan."


you can go thru it, abg Nazim!










p/s : sumber dari Nazim Othman FC. Semoga abg Nazim tabah, dan semoga Hafiz selamat! Di setiap sujudku mendoakan kalian. Pesanan utk semua org drpd abg Nazim, berhati-hatilah bila kita berada di atas jalanraya, tak kira kita memandu kereta atau menunggang motosikal, meskipun kita memandu dengan berhati-hati, tapi kita tak boleh duga dgn apa yg akan terjadi, mungkin org lain tidak berhati-hati, jadi sentiasalah beringat dan peka dengan perkara di sekeliling anda! Sedih sangat tgk abg Nazim nangis, :'( sobsss.. rasanya baru saja post entry and letak pict dia pakai baju melayu, senyum ja. Please stay strong, i miss ur bright smile!

Tuesday, 24 April 2012

Wordless Wednesday #1

Tanam jagung.

Kazen kazen.. halooow... hahaha. Maaf intro pinjam. Demam lawak ke der dok kebah lagi ni. hehehe. Setiap kali nengok lawak ke der, aku punya pulun gelak seratus kilometer sejam. Wa kasi pecut weyyy! Adoii, mmg mintak penampor betoi la Jozan ni. Depa punya lawak boleh buat aku sesak napas. hakhak.

Ok back to title. Tanam jagung? Pulok dahh. Setelah empat bulan meninggalkan blog yg tak berapa nak jalan ni, pandang pun sipi-sipi ja, aku dh beralih arah drpd tanam anggur kpd tanam jagung? Ekceli ladang anggur aku dh lama kena bungkus sbb tak dpt smbutan. Org complain kata buah tak sedap la, tak kualiti la, biji besaq dr buah la, masin n blablabla. *masin? hakktuihhh! korang hajor betoi sapa yg complain masin tu. ada ka buah anggur masin? pegi mampos.* Tetttt. cukup cukup, semua auta belaka.

Lepas anggur, jagung pulak la? No no. Aku pegi keja dekat mall ok. Wah! Hasil keja dekat mall selama sebulan aku dh pandai lipat baju cara kedai dgn cepat tau. Mau lawan ka? kahkahkah. Yg ni betul punya story ok. Btw, thanks kepada mereka yg terlibat secara langsung atau tidak langusng dlm menjayakan kerjaya aku sebagai promoter. cewahhhh! gempak woo.

Now aku sudah kembali menganggur sbb kontrak sebagai promoter dh expired. Haaa. Mesti ang nak kata aku tanam jagung sekarang ni kan? Yaaaa. Betulll. Tanam jagung dekat farmville. ekekeke. Haa! Tudia, dan2 nak send request la tu?? Tak payah. Aku main sorang2. Aku ada 5, 6 pesbuk boleh handle sndiri. hahaha.

Apa dia?? Result sp....? Sp....? Sp apa? Tak dengaq la... SPRM ka??? La... mana start mengundi lagi, kalau start pun aku mana cukup umur nak mengundi. Gila hapa ang ni.

"SPM la nyah!" jerkah kucing aku yg dari tadi dok usha kat tepi sofa. Amboi. Menyibuk ja natang ni. Kaki gosip katakan. Hari-hari berebut ntbook dgn aku sbb nak bukak blog gosip bang nara. Hish! Pulas telinga kang.

Ok la. Aku jujur kat sini. Result tak la segempak mana-mana student mrsm, sbp or sekolah2 elit. Nak dapat 2A's pun penat berjaga malam tau. 2A's saja, yg lain alhamdulillah lulus semua. 7 credit. Kalau nak mintak kos pengurusan perniagaan tu kira bolehlah sbb math dgn addmath aku ok. Apa-apa pun bergantung pd rezeki aku. Dapat kos apa pun tak kisah, tetap bersyukur.

pic credit to page info@islamituindah.my. comel kan? Alhamdulillah. Rajin-rajin p la like page tu :)









p/s : wa sudah penat mau taip. wa chowww dulu. tak sabaq nak tgk telenovella bella calamidades ep akhir kat tv3. wahaha. bye!

Thursday, 19 April 2012

Aku Sang Rerama.

Aku Sang Rerama,
Bebas menerbangkan sayap kerdil
menerokai dunia yang terbentang luas,
Walau terkadang sesat
di taman orang,

Aku Sang Rerama,
Gigih mencari madu meski
sudah menjadi sepah,
Biarkan.....
kerana manisnya hanyalah pada madu,

Aku Sang Rerama,
tidak tahu bila akan mati,
Yang pasti selagi hidup
takkan aku mengundur diri,
Biar dikejar manusia duniawi,

Aku Sang Rerama,
Jangan! Jangan kau patahkan sayap kecilku,
Sungguh tak hidup aku tanpa ia,
Jangan! Jangan kurung jasadku dalam genggamanmu,
Sungguh dunia ini untuk kita terokai bersama,

Aku Sang Rerama,
Ya! Kau sang rerama
yang comel kiut miut,
Tapi aku manusia MALAS!!
yang tersangatlah malas...........................................................................................
*HOI GILA! spoil sajak comel-comel*

Ampunkanlah aku ini hanya manusia malas :'(
Malas, malas jugak. yang TETIBA bersajak ni apasal? Apakah? Kenapakah? Mengapakah?
Malasnya...................tensionnya................stressnya..................... aku malas nak practice sebenarnya.
Padahal ada masa seminggu utk practice start on hari sabtu, tapi apa yang aku buat sepanjang hari sabtu sehinggalah hari ini, khamis??


HAIIII Jumaat... eh...eh.. bukan hai tapi assalamualaikum. errrr..
Selalunya, hari Jumaat adalah hari wajib untuk semua umat Islam yang bergelar lelaki utk pergi menunaikan kewajipan mereka. Kalau kita keluar hari Jumaat, masa pukul 1, berpusu-pusu kaum Adam berkain pelikat, berbaju melayu, berbaju kerja pun ada jugak, bersongkok, berkopiah. Segak! Ada yg naik moto, jalan kaki, naik basikal, *budak-budak* naik kereta pun ada.

Semuanya menuju ke masjid berdekatan. Masa tu, dalam hati aku, "Cantiknya permandangan.."
Sejuk hati memandang. Dalam ramai-ramai tu, terdetik jugak dalam hati, *hati lagi. ah! suka hati aku lah!* macam mana rupa 'awak' berbaju melayu kan? Macam mana lagi, macam lelaki la, takkan pompuan kot. wahahahaha. Tak masuk akal punya imaginasi.

Orang lelaki berpusu-pusu ke masjid. Aku? Aku berlumba-lumba nak pergi kelas. OH NO!! itulah yang aku tak berapa gemar pada hari jumaat yang sebenar-benar-benar-benarnya. Kelas start pukul 1, aku gerak dari rumah pukul 12.55/56. man! Aku memang selalu fail bab nak setting masa. Fail! Sudahnya aku rush, pecut laju-laju sebab nak sampai awal.

Pala hotak nak sampai awal. Mimpi pun takkan jadi kenyataan. Selalunya aku sampai dalam keadaan termengah-mengah. Peluh merembes, meleleh, menitik, tap...tap...tap.... boleh nampak basah jalan tar mcm menangis je. cisss! *aku berlari ke?* tak tak tak, aku tunggang beskal adik aku masa umur 5 tahun yang pakai taya empat tu. ishhh, buat tak tau pulak.. mcm la ang tak besa bawak beskal tu main2 kat taman.

Nasib baik dalam kelas ada econ. emmmm. Nyaman! Tapi..... tapi bukan tak tau kan, kalau kita dalam keadaan tergesa-gesa, dah tu lewat pulak, berpeluh bagai. Potong bau minyak wangi dua kali sembur habis sebotol. Ni gara-gara bawak laju la, habis terbang bau minyak wangi aku disapu dek angin kencang. -____-

Bila semua emosi tu bercampuk aduk, digaul-gaul dgn sendok kayu menjadi rojak, timbul lah perasaan nebes! yucksss. Aku paling benci perasaan tu. Bila aku nebes, aku jadi pakinsen, dah tu mulalah peluh aku tak mau sejat sampai terasa econ mcm tak berfungsi. Nak ja aku rabat kerusi, tolong check kot2 ada masalah.

Tapi masalahnya ada kat aku. choiiii~ Aku ini manusia paling banyak masalah.
Tapi... *tapi lagi* semuanya berpunca dari kemalasan aku yang malas nak practice. Tiap2 pagi jumaat, *tau la pagi yg mulia pun kan?* aku bangun awal semata-mata nak practice. Perangai apakah tu?! Dah tu, time tu la mak aku nak suruh basuh baju, kemas dapur, basuh pinggan, jerang nasi, kadang-kadang tolong bersiang ayam.

Semua tu buat aku jam. Yalah, hari jumaat kan hari cuti, so bapak aku ada kat rumah, kena la masak awal sikit. Selalunya lepas balik sembahyang, terus bapak aku cari nasi. Kalau hari-hari biasa, aku ft mak aku akan masak tengah hari pukul 2. Apakah??? Tengah hari kah itu? hahahaha. Perkara biasa bagi kami berdua. Itupun masak pukul dua sebab pukul 2.30 adik aku balik dari sekolah.

Sempoi tak kami anak beranak? Serasi kan? Pun perkara biasa sebab kami bekpes pukul 11 ke atas. Sekali lagi, APAKAH?? Bak kata org sekarang brunch... ngehehehehe. Bukan sebab bangun lewat, malas or sebagainya tapi dh memang jadi rutin. So bila tiba hari jumaat, semuanya jadi kelam kabut, terpaksa tukar jadual dua jam lebih awal utk masak lunch. haiyoooo. Sungguh aku tak boleh hidup kalau mcm ni lah gayanya.

Sapa ada tips utk bersiap lebih awal? Tolong sedekahkan. Aku nak ubah gaya hidup yang sungguh tak sihat ini. Sedangkan rama-rama sendiri jauh lebih rajin daripada aku. *rama-rama jom kawan dua?*
Terasa diri ini teramatlah kerdil di mata seekor rama-rama. Oh tidakkk.

Apa yg aku merepek lagi ini??? Dah la, nak p practice. Now dah pukul 9 lebih, better aku stop sebelum melarat ke pukul 12. Hancur masa depan aku sebagai remaja yg berwibawa. Btw, kelas yang beria-ia maksudkan dari atas sampai bawah tadi ialah kelas pianononano... hahaha. mesti dalam hati ang nak kata aku ni hangat-hangat taik unta kan? punya pasaiiiii! Tapi aku ingat lagi pesan mak aku, "Mengenggam bara biarlah sampai jadi api." Baiklah -________- nanti dah jadi api, kita masak ayam buat BBQ sama-sama nah? hihihi

Lastly, hampa tau dak, time aku balik dalam pukul 2 lebih kan, kaum-kaum Adam tadi memasing sibuk keluar dari masjid. Ramai..... sekali lagi, "Cantiknya permandangan... indah sangat!" walaupun aku terpaksa berebut-rebut dengan depa kat atas jalan. Sesak wooo. hehehe. Thumbs up utk kaum Adam yang tak pernah miss sembahyang Jumaat, anda sangat hebat! senyum sikit...... naissss :)


Lebiu bang nazim. awawaw. hensem kan kan kan?
pic credit to Nazim Othman FC




p/s : Apa maksud sajak merapu kerapu di atas? hahaha. assume lah sendiri. aku pun konpius. mungkin nak suruh hampa jgn dok gatai-gatai tangan p tangkap rama-rama kot! kesian dia ada mak bapak, anak beranak. hahaha. Apa salahnya kalau kita kongsi dunia ini bersama-sama? mana rugi.... mungkin maksud yg lebih tepat ; Janganlah kita suka suka nak sekat rezeki orang, apa salahnya kalau berkongsi? cewaahhh. bijak memang bijak.

Thursday, 12 April 2012

Imma Young Musician :D

"Apaaa? Ahli muzik???! Pantang keturunanku ahli muzik!"

Hehehe... ckp pasal pemuzik, teringat pulak cita Ibu Mertua ku. Erkkk.. ibu mertua, jgn lah begitu. Sentap hati menantu. Ekekeke.

Hah? Young musician? Aku ke? Ehh.. ehh.. tolonglah statik kan kepala tu. Tak payah la nak toleh kiri kanan sgt kan? Pandang sini, angguk kan kepala. Yaaa, aku lah tuuu! Jangan pandang hina tauuuu... ini zaman bukan zaman P.Ramlee, ini zaman AKUUUUUU.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...