Pertamanya, aku mintak maaf sbb tak update apa2 kelmarin, 31 Decemeber 2013. Maaf sebab tak countdown. Maaf sebab mengabaikan tarikh keramat, terpenting utk belog ni. *sobss
Buat belog yg tersayang, tersetia, Happy 2nd Birthday. Aku bukan lupa, bukan buat-buat lupa, bukan hilang ingatan atau apa, cuma tiada masa. :( Walapun harini dah masuk 1st Jan 2014, aku tetap nak letak tajuk entri 31 December 2013, bcuz it is a must. Wajib letak tajuk tu setiap tahun dan maafkanlah daku yg terlepas hari untuk tahun 2013.
Dah 2 tahun dah belog ni setia dgn aku. Walaupun jarang bukak, it always been there for me. Time sedih, nangis nangis bukak belog, taip punya taip then publish. Settle. Time happy, taip sambil tersengih-sengih, then publish. Settle. Sambung senyum. Paling tak mengejek aku, paling tak ketawakan aku time aku nangis, paling memahami, paling buat aku rasa lega. Terima kasih.
Orang cakap, manusia yg suka berbelog ni, lonely, hidup dlm dunia ciptaan sendiri, pendiam, takdak kawan itu pasal sikit sikit nak ngadu dekat belog, cakap sesorang, paling forever alone la kononnya. Eh? Betol ke? Aku rasa aku ada je kawan. Bestfriend paling kurang pat lima orang. Tu tak kira lagi yg kawan kelas, kawan kolej, kawan kelab dan persatuan dekat universiti and so on. I got friends. And they still label me as lonely?
Tak. Bagi aku, yg menulis belog ni bukan lonely, bukan poreber alone or whatsoever they called it. Manusia yg menulis mcm aku ni sebenarnya lebih suka meluah kata-kata melalui perkataan, huruf, penulisan sebab kadang-kadang apa yg terfikirkan dek akal ini tak mampu diluahkan melalui bicara, suara. Kadang-kadang nak sebut tapi mcm errrr... nothing.. nothing. Nak cakap tapi tak tahu nak mulakan macam mana. Yes itu aku. So aku lebih suka menulis. Kalau terlajak taip, boleh padam. Kalau tersalah kata, boleh padam. Jadi tak sakitkan hati sesapa yg kuat sentap menyentap. Salah cakap sikit, "we're over." damn kau. Kejamnya?
Aku suka menulis dan tu memang hobi aku. Aku kuat berangan and sometime over thinking. Terlebih memikirkan masa depan. Terlebih atur life plan. Semuanya terlebih-terlebih. Jadi, kat sinilah aku. Kat sinilah aku hambur segala yg terlebih tu. Bukan apa, tak semua org nak dengar al kisah hidup kita daripada yang paling simple ke paling rumit. Bukan semua orang nak tau apa yg selalu terlebih terlebih tu. Ye idok?
Tapi aku rasa tak semua yg belaku dlm hidup aku sepanjang 2013, aku catitkan dekat sini. Pasal takdak masa. Pasal terlalu sibuk. Nawaitu nak menulis dah ada, tapi tak kesampaian dek asyik kena kejaq dgn masa masa masa. Kononnya lah hari ni balik kelas marah marah, emo sana sini dalam hati dah membuak buak nak ngadu dekat belog tapi bila dah sampai hostel, jumpak positive people yg boleh buat aku cool down, gelak gelak, so serta merta masalah yg dok berapi api tadi dah padam. Ataupun bila dah sampai hostel, lapaq pulak. Dah makan, mandi bersih-bersih then solat asar, terus lupa masalah dekat kelas tadi. So aku pon tak jadi hapdate. See? Bukan semua masalah boleh diselesaikan melalui perkataan. Kadang-kadang kita perlu cool down kan diri kita dulu, duduk diam diam then muhasabah diri. Fikir balik patut ke kita melenting, marah marah? Fikir perkara yang baik-baik. InshaAllah tenang. InshaAllah selesai masalah. InshaAllah marah dalam seploh minit je. Amin.
So, back to the title. Sebagai hukuman, penalti, aku janji malam ni nak post satu cerpen pendek. InshaAllah aku cuba untuk sempat menulis satu cerita even tengah busy dgn assignment lab report and study for test next week. Sebagai hadiah birthday belog aku yg terlewat sehari ni, aku tulis satu story k. Yang penting semuanya adalah rekaan semata-mata. Stay tuned!
Wait, tak habis lagi. Ok sebelum tu,
Buat 2013,
Terima kasih pada orang yg pilih untuk tinggalkan aku dan yg dah tinggalkan aku.
Terima kasih sbb undur diri, tarik diri.
Terima kasih yg pernah mengejek atau kutuk belakang.
Terima kasih pada yang penah reject aku kaw kaw.
Terima kasih pada yang tak jujur ataupun tak ikhlas.
Terima kasih pada yang masih cinta dan setia.
Terima kasih pada yang masih sabar dengan perangai angin gila aku.
Terima kasih pada mak bapak dan keluarga yang tak pernah buang aku.
Terima kasih pada kawan kawan yg accept kekurangan aku yg serba kurang sekurang kurangnya.
Terima kasih buat awak yang tak sampai2 lagi penat dah aku tunggu bertahun dah.
Terima kasih buat orang yg sayangkan aku yang hargai kehadiran aku.
Terima kasih atas air mata dan ketawa.
Terima kasih Allah kerana aku masih bernafas selepas tidur yang sejenak.
Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang hari demi hari sehinggalalah bertemunya aku; jasad dan nyawa di 1 Januari 2014. Syukur alhamdulillah. Kepada cinta yang masih sesat tak jumpa jalan tu, hati2 semasa mencari jalan, jangan tersangkut pada hati yg salah kesian la aku ni penat dah tunggu, 2014 dah hang tau?? Assalam. Selamat 2014 kesayanganku :)
OK
pertamanya of course HAPPY 2nd BIRTHDAY baby little heaven!!
please always stay with me oh yeahh
*kalau engkorang perasan header belog ni ada dua org,
entah lah yg sorg lg tu pending lg. tula pasal aku suruh ambik short cut
taknak, kan dah lambat sampai hishhhh apa apa pun doakan org tu cpt sampai baru la complete header belog omey ni amin inshallah*.:)
AND, macam biasa sumber pix NEW YEAR opkoz la abe gugel encem ihiksss
HAPPY NEW YEAR evrybadeyyy LOVE YOU MUCH MUCH! :* :)


No comments:
Post a Comment