Tuesday, 24 December 2013

Diam, bisu. Pejam, buta.

Assalamualaikum.

Aku rasa macam dah berzaman tak hapdate apa2 kat sini. Selalu login tapi bila nak menaip, semua idea hilang. Lari ke mana ntah. Tak kuasa aku nak kejaq. Lebih kurang mcm takda mood nak menulis even dalam kepala otak sarat dengan cerita yang tak sudah sudah.

Aku menaip sekarang ni pun ikut hati ja. Ikut apa yang ada dalam kepala otak. Ikut apa yang jari aku nak taip huruf mana ayat apa. Aku kosong.

Itu pasal tajuk entri macam takda hala tuju. Mungkin ada sesuatu yg aku nak cakap. Mungkin.

Semenjak dua menjak ni aku rasa aku paling byk pendam perasaan. Peram buat pekasam. Kalau buah mempelam dah lama masak ranum siap boleh makan. Makin simpan makin berkulat lah kot. Tapi kalau bab feeling dia punya simpan tu boleh jd lain mcm la. Menggila dia dasyat lagi dari buah keluar ulat kuek kuek tuu.

Sakit. Sakit sangat. Apa yg aku pendam? Macam-macam. Terlalu banyak.

Orang selalu pesan, jgn suka menaruh harapan. Kalau sayangkan seseorang, biarlah berpada, beragak. Jangan terlalu berharap. Jangan letak dia sorg je dlm hati. JANGAN!

Bila yg JANGAN tu aku langgar. Aku redah. Aku buat tak endah. Ni makan dia. Sakit. Sakit hati sakit jiwa sakit segala sakit.

Kekadang tu aku ada jugak pujuk hati yg dah makin kecik ni, "takpa, bukan dia sorg dlm dunia ni." "takpa, ada yg lebih baik." "takpa, ni bukan jodoh hg pon" "takpa jodoh hg mungkin org lain."

TAKPA tu lama lama makan aku balik. Bila yg aku harapkan cuma dia. Yg aku pertaruhkan sekeping hati cuma utk dia. Ishhhhhhhhhhhhh. Aku dah cuba elak semua ni jadi. Aku dah. Sumpah.

Semua ni cuma buat aku rasa bersalah, rasa terkilan. Terkilan kalau-kalau aku tak sempat nak bagitau yg aku syg dia, aku suka dia. Aku nakkan dia dlm hidup aku. Aku taktau dah tebal mana ego aku ni tapi yg kat dalam ni, yg orang panggil hati ni dah makin nipis, terhiris hari demi hari. Siap makan hati lagi bila tgk org lain cuba tackle dia. Bila tgk dia cuba tackle org lain apatah lagi. Rasa mcm takda hati langsung dah. Hilang.

Kalau nak tunggu aku bagitau dia semua yg aku rasa pasal dia, mmg sampai bila2 pon dia takkan tau. Sampai dah jadi hak org lain pon aku boleh tgk saja la. Aku cuma boleh p sembahyang dan doakan dia bahagia. Doakan Allah permudahkan perjalanan hidup dia dgn jodoh dia. Aku cuma mampu buat tu saja. Aku tak ada kudrat nak sedarkan dia akan kehadiran aku selama ni. Yg selalu jenguk2 dia senyap2. Baca segala keluhan dia tiap2 hari. Bercakap dgn dia melalui hati. hmm

Doa buatmu dalam sujudku. Ya.

Aku diam, aku bisu. Aku pendam segala perasaan yg bersarang di hati. Aku biarkan detik waktu berlalu tanpa meluah apa yg aku rasakan.

Aku pejam, aku buta. Aku alih pandangan aku jauh-jauh bila melihat kau dan dia. Aku pejam rapat saat kau cuba mendekati dia. Aku telan segala duka, perit. Pejam. Tak apa.

Biarlah perasaan ini kekal di sini. Jauh di dasar hati. Biarlah cuma aku dan Allah saja yang tahu. Biarlah aku simpan, aku pendam. Biarlah aku sakit menanggung semua ini. Biarlah. Walapun kadang-kadang rasa mcm nak menjerit "AKU SUKA KAU LA BODOH!!" tapi takpa lah, aku jerit dlm hati je bila aku nampak kau.


"YA ALLAH, Engkau pertemukanlah aku dengan cinta yg mencintaiku,
kerana aku sudah lelah mencintai cinta yg tak mengerti
untuk mencintaiku."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...