Ku petik gitar,
ku mainkan lagu cinta,
hanyut dalam irama,
melodi tanpa iringan suara,
terasa ada yang kurang,
di mana dia?
pelantun bunyi gitarku?
kenapa membisu...?
lagu ini... milik siapa?
tatkala melodi dan irama bersatu,
jemariku terhenti seketika..
ku ulang main,
kerana ada yang tak kena...
ku rasa,
tidak lengkap tanpa merdu suaramu,
aku tidak mahu berhenti,
selagi tidak terbit lelah di hati ini,
ku kan setia menunggu,
nyanyikan ku satu lagu...
untuk hilangkan gundah gulana ini,
dendangkan ia dengan penuh syahdu,
agar ku tahu kau telah singgah di ranting hati,
aku tidak mahu kenal cinta sebelum mu,
aku hanya mahu mengenalinya setelah kau kutemu.....
hanya dirimu....
pelantun bunyi gitarku....
bila kau dan aku bersatu,
maka usailah semua,
yang pernah menjadi tanda tanya,
dan kita kan SEMPURNA......

No comments:
Post a Comment