Tuesday, 16 October 2012

Jom Kekal Sihat :)

Salam.

Malaysia dah sejuk sekarang. yepppyyy! Perasan tak? Okay, kalau cenggini lah gayanya cuaca kat mesia, terus cancel planning study abroad. Immediately! hikhiks. Tak rock ar kalau gi mapley order teh o ais, teh ais bagai. "Mamak, hot choc satu!" Kalau agak mamak tu tak tau bancuh hot choc, order jew air tin 100 Plus panas mcm dlm cita anak mamak menantu mami tuh. kahkahkah!

But.. seriously sekarang ni musim hujan. Kekadang terjaga tengah malam. Terkebil2 tengok jam pukul 2-3 pagi, cari selimut tak jumpa, tarik je apa yg ada, tuala, baju, seluar semua aku rembat. Kasi sarung berlapis-lapis. Sejuk weh! ~_~ Bangun tidor, hujan lagi, tidor balik, hujan lagi, tidor dan tidor, hujan jugak jugak jugak. Lastly, celik2 mata dah pukul 11 lebih. muehehehe. Seronok kan hujan?

Lagi seronok kalau hujan malam. Ha... time2 cenggitulah boleh bezakan yg mana kambing yg mana orang. kikiki.

ALERT! ALERT! ada kambing berfesbuk. homaigadddd! >.<
sesapa g lah tolong mandikan -______-

Real fact, bila hujan boleh jimat letrik. Takyah bukak kipas. Haa.. best kan? Kan kan? Takyah basuh baju byk2 sebab semua orang dah mcm lepat liat bila nak mandi. So pakai baju yg sama dr pagi sampai malam. Hok alohh.. bukan busuk pun. Takda peluh pun... takyah nak buat muka annoying -_____- Okay, bukan stakat jimat letrik kipas, mesin basuh or whatsoever, pun boleh jimat minyak keta. Ehh.. cemana tuh? Takyah bukak aircond! Dah sejuk gitu pun nak bukak aircond keta lagi? heyheyhey. Over you... kalau you anak i, hah i kasi lempeng sedas. Tapi bapak i takda la sekejam tuh. Sendiri pk hokeyh?? hihihi.

Matlamat sebenar entri hari ni bukanlah nak ajar orang berjimat time hujan. Tidak sama sekali. Tapi........  Jeng..Jeng..Jeng....

Nak ajak korang kekal sihat even cuaca tgh menggoda2 suruh bobok. Aku tau time hujan lah org suka lepak2 sambil berfesbuk, meraban dekat twitter, layan youtube lagu ballad, lullaby, jiwang. Tak lupa ada yg main game sampai dua hari tak tidor. Huishhh. Tak sihat youuu.. tak sihat.

And yes. Aku tau time hujan tak boleh nak keluar jogging or jejalan kat taman rekreasi ambil angin. Tak boleh nak main bola atau sewaktu dengannya. Alaaa... apa susah, itu outdoor. Indoor game kan ada. Contohnya, badminton, futsal, boling, pingpong n blablabla..

Sebelum musim hujan, memang tiap2 pagi aku keluar jog. Tapi bila cuaca dh jd cenggini, terpaksa la tukar angin. Apa lagi, badminton lah.. yahoooooo! Semestinya salah satu daripada game feveret aku slepas boling. Ohyeahh. Futsal haku tak qeti. Maap -______-

Serius sgt best bila berpeluh time hujan. Rasa nikmat yang tak terhingga bila peluh mula menitik kat gelanggang. Fuh... ohsemmm you.

OHSEM ^^ tengok skill dia. bukan stakat boleh rembat shuttlecock sekuat2 hati jew.
Siap boleh fly fly. ha.. kan. takyah ambik lesen pilot pun.
Now Everybody can Fly with Datuk Lee Chong Wei. weehuuu ;)
source ; google

Jenis aku bila dah start bersukan, memang tak boleh stop. Bila bersukan, aku dapat lepaskan tension. Maksud aku bila jogging, aku jog sampai habis semput, kira sampai puas la. Bila main badminton aku memang suka part smash shuttlecock, atau dlm bahasa kasar aku ; rembat. kuikuikui. Kasi rembat sekuat2 hati, sehabis2 tenaga anggap shuttlecock tu mcm problem n aku rembat laju2. Serius puas tahu.

So, nasihat aku, janganlah ambil kesempatan ke atas cuaca hujan yg lemah lagi tak berdosa ni. Hujan itu rahmat, jgn mengeluh. Jgn pulak nak hentam maki je, "Bodoh punya hujan. Kan dah tak bleh g main bola hari ni." Dey machaa. Dosa tahu? Kira baik lah tu hujan boleh tolong kita berjimat tak gitu?

Kalau korang tak suka main badminton. Or tak berapa nak ber'skill, or malu sebab kat court ramai yg pro2, sekali rembat bunyi mcm helikopter lalu menyirap darah sampai tercekik urat tengkuk n korang pulak jenis yg rembat slow2 je mcm tibai lalat pakai perangkap letrik. Relax bro. Gym kan ada? Aku rasa gym pun kira kategori best choice la. Kat situ ada mcm2 alat. Pilih je yg mana korang suka. Kalau aku, semestinya treadmill. Ohyeahh. aku suka naik menda alah tu. Best. Yang lain tak berapa nak berani cuba. Bukan aku yg takut, tapi otot aku ni ha... malu tapi mahu. hihiks.

Ahakss.. tengok best kan dapat lari sesama. Boleh la menjeling ku menjeling lalalalala.
ekekeke. bukan stakat dpt menyihatkan tubuh badan, siap boleh mengeratkan silaturrahim 
lagi. kan pakej tu. so, sila-sila lah melawat ke gym selalu you.
source ; abe google ku sayangggg ^^

DAH. Malas aku nak meraban panjang2. Bagi yang dah lama tak bersukan tu, haa.. takkan tak berasa kot lemak2 dalam badan tu tgh menggedik bak cacing kena panggang berempah. Berdesing telinga dorang dengar perkataan sukan. Memasing sibuk nak menyembunyikan diri kat celah2 isi dh makin menebal. Otot pun dah bunyi mcm pintu umah usang bergesel dengan lantai. kriukk kriukkkkk. Stamina pulak tak kurang sama dengan enjin keta kancil pasang kat lori. Perghh dahsatt you. Apa lagi, Jom Kekal Sihat, Jom Bersukan ;)

"Jom! Cergaskan Diri!"
Hah. Tengok lagi! Okay janji yg ni last. Datuk Lee Chong Wei pun dah ajak korang
cergaskan diri. Jgn buat2 tak nampak pulak bila iklan ni kuar kat tb. kang dia smash 
shuttlecock kena sbijik kat muka korang. padan muka. :P
source ; bapak youtube


p/s : perghh.. iklan 100 plus tu yg tak menahan. so lepas ni kalau korang lepak mapley nk tgk bola dah ada alasan nk order 100plus panas. tak main ar teh tarik, lipat gulung ke hapa. tak baik utk kesihatan. kalau nk tahu 100plus panas ni bleh boostkan energy korang. silap2 bleh terasa yg korang sedang ghairahnya menyepak bola sekali. menarik youuu. tak caya tnya Lee Chong Wei ^^
ehh..  dah kenapa? -______- ada kena mengena ke? tp beliau takda skill menyepak, merembat hada la. apa2 pun bersukan lah utk NEGARA. weeeeeeeee ;D 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...