Tuesday, 2 October 2012

Al-fatihah/ Selamat Hari jadi bapak :')

Salam.

Hari ini, Selasa, 2 Oktober merupakan hari jadi bapak aku yang ke 54. Selamat hari jadi bapak. Terima kasih kerana masih ada di sisi keluarga meskipun sudah menjangkau separuh abad. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga tetap kuat dan tabah menjalani tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Aku sayangkan bapak. Kalau tak ada bapak, aku tak tahu apa yang akan terjadi.

Sebelum aku boleh bawak moto, bapaklah yang tolong hantarkan aku ke sana sini. Sebelum aku boleh bawak kereta, bapaklah yang hantarkan aku ke sana sini. Aku, baru saja belajar hidup berdikari. Baru saja boleh pergi ke mana mana tanpa bantuan bapak. Aku, masih mentah. Masih perlukan bapak sebagai pembimbing aku.

Sempena hari jadi bapak yang ke 54 ni, aku nak berterima kasih dekat beliau sebab selalu jadi coach aku. Coach bowling and badminton. Aku rasa darah semangat kesukanan aku ni datang dari bapak. Terima kasih jugak sebab berikan kepercayaan kepada aku untuk bawak keta. Tapi bapak tetap pemandu yang terhebat and sentiasa di hati. Rasanya banyak lagi yang aku belum belajar dari beliau.

Kalau dulu, masa kecik2 aku selalu melawan cakap mak and lepas kena marah dengan mak, nangis2, mogok taknak makan. Duduk dalam bilik taknak keluar. Mesti bapak yang datang pujuk. Kalau sekarang pun kalau dengar mak bising2 ngamuk dekat aku, mesti bapak yang datang nak redakan keadaan.

Kalau nak di hitung2, banyak pengorbanan bapak dalam keluarga. Kadang2 tu, ada lah benda yang aku rasa menyesal sebab buat dekat bapak macam itu ini. Aku ni, kalau marah memang keluar habis benda2 yang tak sepatutnya, tapi cepat sedar. Cepat insaf. Kekadang bapak datang pujuk aku, tapi bapak pulak terkena tempias kemarahan aku. Lepas tu aku terus rasa insaf sebab tinggikan suara.

Lagi satu yang aku kagum, bapak memang terer hal2 urusan pejabat. So, apa2 hal yang berkaitan urusan pejabat, memang aku tolak bulat2 dekat bapak. Nak isi borang ke hapa ke. Nak sambung study pun bapak yang setelkan. Tak tahulah macam mana keadaan aku kalau bapak takdak. Aku boleh cakap yg bapak memang kuat kerja and cekap.

Masa aku dekat plkn pun, beliau yang ke hulu ke hilir datang melawat aku. Kekadang kalau bapak kena outstation and tak dapat melawat hari sabtu, aku suruh bapak datang hari jumaat bawak makanan. Aku nak makanan je. isk isk isk. Jahat jugak aku ni. Sanggup pulak bapak datang jejauh semata2 nak bawak makanan utk aku. Makanan ringan je. Tak mati pun kalau tak makan. Tapi aku nak jugak. demm -____-

Banyak lagi nih kalau nak senaraikan jasa beliau dalam hidup aku and keluarga kami. Apa-apa pun "Happy birthday my dear beloved father." Terima kasih sebab sanggup layan kerenah aku selama 18 tahun. Aku nak belajar piano, bapak iakan saja. Aku mintak keyboard, bapak belikan walhal tak kemana pun mainnya. Aku harap dapat balas jasa bapak. :')

Sepatutnya kami semua celebrate besday bapak hari ni. Tapi... tokwan aku (sebelah bapak) tengah nazak sekarang. Bapak pun mcm tak semangat ja nak sambut besday.

Semenjak tokwan masuk hospital dua tiga hari lepas, bapak hari2 ulang alik pegi hospital jagakan tokwan. Petang tadi, mak bapak and adik aku g hospital. Nak melawat walaupun dengar kata tokwan dah tak boleh gerak,  dah tak boleh bukak mata and cakap. Tak apalah, selagi ada hayat dia, kenapa tidak kita pegi melawat dan sedekahkan yassin, kan? Aku nampak adik aku bawak yassin tadi. Tapi aku tak boleh pegi sebab kena jaga tok aku (sebelah mak) dekat rumah, sakit. So, ingatkan nak pegi esok lah.

Tapi... baru tadi mak call. Cakap tokwan dah tak ada. Innalillahiwainnailaihirojiun . Tak sempat aku nak tatap wajah beliau buat kali terakhir. Last tengok masa paksu and maklong bawak tokwan datang rumah beberapa minggu lepas. Itupun tokwan dah nampak tak larat sangat. Tidor ja.

Rindu tokwan. Teringat lagi masa kekecik dulu, bila balik kampung, tokwan selalu bagi makan buah limau gedang belakang umah. Panjat pokok rambutan, ambik buah nak bagi anak cucu makan. Best. Dah tak tahu nak cerita apa lagi, byk sangat kalau nak cerita satu2 pun. Kenangan tu bukan boleh dibilang dgn jari.

Time sekolah dulu, bila kengkawan tanya sapa ada tokwan ngan tok lagi, aku lah yang paling laju angkat tangan. Dengan bangganya, "tok ngan tokwan aku ada lagi. sebelah mak ngan bapak." Sedangkan kengkawan lain byk yang dah takda tok ngan tokwan. Sekarang baru aku rasa mcm mana kehilangan org yang paling kita sayang.

Sedih bila teringatkan hayat seseorang ketika dia masih kuat. Masih mampu berjalan dan membuat kerja. Lepas tu, dia mula sakit. Dah boleh nak buat kerja2 berat. Nak berjalan pun penat. Sedih. Teringatkan senyuman dan keringat dia yang tak kenal erti lelah.

Al-fatihah buat tokwan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. Tokwan dah lama sakit, eloklah dia kembali ke pangkuan Maha Pencipta daripada dia terus menderita sakit. Bila dia dah pergi, tandanya dia dah selamat dan akan tenang di sana.

Tokwan meninggal pada tarikh hari jadi bapak. Kalaulah aku di tempat bapak, tak tahulah mcm mana. Tapi aku tahu bapak cekal. Tarikh 2/10 akan tetap kekal dalam ingatan aku. Tarikh yang sangat bersejarah dalam hidup aku. Apa-apa pun, terima kasih tokwan sebab dah besarkan bapak utk aku. Untuk menjadi pembimbing aku. Tak dapat bayangkan kalau perkara ni berlaku kat aku suatu hari nanti. Walaupun aku tahu akan terjadi, aku harap bukanlah dalam jangka masa yg terdekat. Aku masih perlukan bapak. Mungkin bila aku dah besar nanti, aku lebih bersedia. Buat masa sekarang, aku berdoa supaya bila aku bukak mata esok pagi, bapak masih ada. Insyaallah.

Aku ingat lagi, tok penah cakap, kalau tokwan takda, sunyilah nanti. Aku tahu. Tok mesti sunyi, tapi tak apa, anak2 cucu masih ada tok. Jangan risau. Kami sayangkan tok :") Ok lah, dah masuk maghrib. Aku akhiri entri kali dgn perasaan yg berbaur gembira dan sedih, tetapi apa2 pun kepada kita yg hidup ni, banyak2 kanlah beramal ibadat. Ingat, yang hidup tetap akan mati. Setiap yang bernyawa di dunia ini, akan kembali ke pangkuan Maha Pencipta-Nya. Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...