Thursday, 19 April 2012

Aku Sang Rerama.

Aku Sang Rerama,
Bebas menerbangkan sayap kerdil
menerokai dunia yang terbentang luas,
Walau terkadang sesat
di taman orang,

Aku Sang Rerama,
Gigih mencari madu meski
sudah menjadi sepah,
Biarkan.....
kerana manisnya hanyalah pada madu,

Aku Sang Rerama,
tidak tahu bila akan mati,
Yang pasti selagi hidup
takkan aku mengundur diri,
Biar dikejar manusia duniawi,

Aku Sang Rerama,
Jangan! Jangan kau patahkan sayap kecilku,
Sungguh tak hidup aku tanpa ia,
Jangan! Jangan kurung jasadku dalam genggamanmu,
Sungguh dunia ini untuk kita terokai bersama,

Aku Sang Rerama,
Ya! Kau sang rerama
yang comel kiut miut,
Tapi aku manusia MALAS!!
yang tersangatlah malas...........................................................................................
*HOI GILA! spoil sajak comel-comel*

Ampunkanlah aku ini hanya manusia malas :'(
Malas, malas jugak. yang TETIBA bersajak ni apasal? Apakah? Kenapakah? Mengapakah?
Malasnya...................tensionnya................stressnya..................... aku malas nak practice sebenarnya.
Padahal ada masa seminggu utk practice start on hari sabtu, tapi apa yang aku buat sepanjang hari sabtu sehinggalah hari ini, khamis??


HAIIII Jumaat... eh...eh.. bukan hai tapi assalamualaikum. errrr..
Selalunya, hari Jumaat adalah hari wajib untuk semua umat Islam yang bergelar lelaki utk pergi menunaikan kewajipan mereka. Kalau kita keluar hari Jumaat, masa pukul 1, berpusu-pusu kaum Adam berkain pelikat, berbaju melayu, berbaju kerja pun ada jugak, bersongkok, berkopiah. Segak! Ada yg naik moto, jalan kaki, naik basikal, *budak-budak* naik kereta pun ada.

Semuanya menuju ke masjid berdekatan. Masa tu, dalam hati aku, "Cantiknya permandangan.."
Sejuk hati memandang. Dalam ramai-ramai tu, terdetik jugak dalam hati, *hati lagi. ah! suka hati aku lah!* macam mana rupa 'awak' berbaju melayu kan? Macam mana lagi, macam lelaki la, takkan pompuan kot. wahahahaha. Tak masuk akal punya imaginasi.

Orang lelaki berpusu-pusu ke masjid. Aku? Aku berlumba-lumba nak pergi kelas. OH NO!! itulah yang aku tak berapa gemar pada hari jumaat yang sebenar-benar-benar-benarnya. Kelas start pukul 1, aku gerak dari rumah pukul 12.55/56. man! Aku memang selalu fail bab nak setting masa. Fail! Sudahnya aku rush, pecut laju-laju sebab nak sampai awal.

Pala hotak nak sampai awal. Mimpi pun takkan jadi kenyataan. Selalunya aku sampai dalam keadaan termengah-mengah. Peluh merembes, meleleh, menitik, tap...tap...tap.... boleh nampak basah jalan tar mcm menangis je. cisss! *aku berlari ke?* tak tak tak, aku tunggang beskal adik aku masa umur 5 tahun yang pakai taya empat tu. ishhh, buat tak tau pulak.. mcm la ang tak besa bawak beskal tu main2 kat taman.

Nasib baik dalam kelas ada econ. emmmm. Nyaman! Tapi..... tapi bukan tak tau kan, kalau kita dalam keadaan tergesa-gesa, dah tu lewat pulak, berpeluh bagai. Potong bau minyak wangi dua kali sembur habis sebotol. Ni gara-gara bawak laju la, habis terbang bau minyak wangi aku disapu dek angin kencang. -____-

Bila semua emosi tu bercampuk aduk, digaul-gaul dgn sendok kayu menjadi rojak, timbul lah perasaan nebes! yucksss. Aku paling benci perasaan tu. Bila aku nebes, aku jadi pakinsen, dah tu mulalah peluh aku tak mau sejat sampai terasa econ mcm tak berfungsi. Nak ja aku rabat kerusi, tolong check kot2 ada masalah.

Tapi masalahnya ada kat aku. choiiii~ Aku ini manusia paling banyak masalah.
Tapi... *tapi lagi* semuanya berpunca dari kemalasan aku yang malas nak practice. Tiap2 pagi jumaat, *tau la pagi yg mulia pun kan?* aku bangun awal semata-mata nak practice. Perangai apakah tu?! Dah tu, time tu la mak aku nak suruh basuh baju, kemas dapur, basuh pinggan, jerang nasi, kadang-kadang tolong bersiang ayam.

Semua tu buat aku jam. Yalah, hari jumaat kan hari cuti, so bapak aku ada kat rumah, kena la masak awal sikit. Selalunya lepas balik sembahyang, terus bapak aku cari nasi. Kalau hari-hari biasa, aku ft mak aku akan masak tengah hari pukul 2. Apakah??? Tengah hari kah itu? hahahaha. Perkara biasa bagi kami berdua. Itupun masak pukul dua sebab pukul 2.30 adik aku balik dari sekolah.

Sempoi tak kami anak beranak? Serasi kan? Pun perkara biasa sebab kami bekpes pukul 11 ke atas. Sekali lagi, APAKAH?? Bak kata org sekarang brunch... ngehehehehe. Bukan sebab bangun lewat, malas or sebagainya tapi dh memang jadi rutin. So bila tiba hari jumaat, semuanya jadi kelam kabut, terpaksa tukar jadual dua jam lebih awal utk masak lunch. haiyoooo. Sungguh aku tak boleh hidup kalau mcm ni lah gayanya.

Sapa ada tips utk bersiap lebih awal? Tolong sedekahkan. Aku nak ubah gaya hidup yang sungguh tak sihat ini. Sedangkan rama-rama sendiri jauh lebih rajin daripada aku. *rama-rama jom kawan dua?*
Terasa diri ini teramatlah kerdil di mata seekor rama-rama. Oh tidakkk.

Apa yg aku merepek lagi ini??? Dah la, nak p practice. Now dah pukul 9 lebih, better aku stop sebelum melarat ke pukul 12. Hancur masa depan aku sebagai remaja yg berwibawa. Btw, kelas yang beria-ia maksudkan dari atas sampai bawah tadi ialah kelas pianononano... hahaha. mesti dalam hati ang nak kata aku ni hangat-hangat taik unta kan? punya pasaiiiii! Tapi aku ingat lagi pesan mak aku, "Mengenggam bara biarlah sampai jadi api." Baiklah -________- nanti dah jadi api, kita masak ayam buat BBQ sama-sama nah? hihihi

Lastly, hampa tau dak, time aku balik dalam pukul 2 lebih kan, kaum-kaum Adam tadi memasing sibuk keluar dari masjid. Ramai..... sekali lagi, "Cantiknya permandangan... indah sangat!" walaupun aku terpaksa berebut-rebut dengan depa kat atas jalan. Sesak wooo. hehehe. Thumbs up utk kaum Adam yang tak pernah miss sembahyang Jumaat, anda sangat hebat! senyum sikit...... naissss :)


Lebiu bang nazim. awawaw. hensem kan kan kan?
pic credit to Nazim Othman FC




p/s : Apa maksud sajak merapu kerapu di atas? hahaha. assume lah sendiri. aku pun konpius. mungkin nak suruh hampa jgn dok gatai-gatai tangan p tangkap rama-rama kot! kesian dia ada mak bapak, anak beranak. hahaha. Apa salahnya kalau kita kongsi dunia ini bersama-sama? mana rugi.... mungkin maksud yg lebih tepat ; Janganlah kita suka suka nak sekat rezeki orang, apa salahnya kalau berkongsi? cewaahhh. bijak memang bijak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...