Hari ni aku nak cakap pasal perkara yang serius. Petang tadi aku ada bukak video yg diposkan oleh abg Nazim. Subhanallah. Fist time aku tgk seorang lelaki menangis. Meruntun jiwa ini. Menurut apa yang aku dengar dari video tu, kelmarin abg Nazim terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dengan seorang penunggang motosikal, lelaki jugak.
Alhamdulillah abg Nazim ok, tak ada cedera apa-apa, tapi sebaliknya penunggang motosikal tu, Hafiz, cedera parah. Ya Allah :'( sedih sangat tgk abg Nazim nangis-nangis. Walaupun dia tak cedera, tapi dalam hati, he's hurt a lot! Dia risaukan keadaan Hafiz yg sekarang ni ada dekat hospital dan mintak semua orang doakan supaya Allah panjangkan umur Hafiz dan semoga dia selamat.
That guy really make me cry. Setiap kali aku play video tu, rasa sebak sangat! Macam boleh dapat rasa sakit yg dia lalui. Abg Nazim, please stay strong! Sebelum ini aku selalu play video-video yang dia post, sometimes dia nyanyi, happy sgt muka dia. But today, dia menangis. :'(
Dia, abg Nazim tak pernah terlibat dalam kemalangan and aku tau dia trauma dgn apa yg terjadi. Tak mudah untuk seseorang tu melupakan kejadian yg paling dasyat yg pernah berlaku dalam hidupnya. Aku dulu pun penah eksiden. Even tak cedera teruk, tapi setiap kali teringatkan perkara tu, aku jadi takut sgt. Setiap kali lalu dekat tempat kejadian, aku akan terbayangkan keadaan tu. Menyirap darah.
Apa-apa pun, aku harap sgt abg Nazim tabah. Macam semua orang cakap, ini dugaan dari Allah. Dia sayangkan kita, sebab tu lah Dia uji kita dengan bermacam cara. Hari ni kita happy, bergelak ketawa tanpa memikirkan sebarang masalah, siapa tahu esok kita ditimpa dugaanNya?
Setiap kali ada masalah, aku selalu muhasabah diri. Duduk diam-diam dan berfikir sejenak. Dan dari situlah baru aku sedar, kelmarin aku ok ja, tiba-tiba hari ni fikiran diruntun dengan bermacam perkara, masalah dtg bertimpa-timpa sampaikan kadang-kadang rasa nak menangis. Dugaan dan ujian Allah ni akan datang bila-bila masa saja. Jadi, kita kena tabah dan kuat menghadapi hari-hari mendatang.
Setiap kali ditimpa masalah, yakinkan pada diri, "Hari ni aku berhadapan dengan masalah, tak kira besar atau kecil, ia tetap akan berakhir. Aku takkan selamanya hidup dengan masalah ini, kerana masalah baru akan datang silih berganti. Itulah kehidupan sebenar. Manusia takkan selamanya bergembira, kerana gembira itu melalaikan. Yakinlah bahawa setiap masalah itu akan berakhir dengan izin-Nya dan Allah takkan menduga hambaNya di luar kemampuan."
you can go thru it, abg Nazim!
p/s : sumber dari Nazim Othman FC. Semoga abg Nazim tabah, dan semoga Hafiz selamat! Di setiap sujudku mendoakan kalian. Pesanan utk semua org drpd abg Nazim, berhati-hatilah bila kita berada di atas jalanraya, tak kira kita memandu kereta atau menunggang motosikal, meskipun kita memandu dengan berhati-hati, tapi kita tak boleh duga dgn apa yg akan terjadi, mungkin org lain tidak berhati-hati, jadi sentiasalah beringat dan peka dengan perkara di sekeliling anda! Sedih sangat tgk abg Nazim nangis, :'( sobsss.. rasanya baru saja post entry and letak pict dia pakai baju melayu, senyum ja. Please stay strong, i miss ur bright smile!

No comments:
Post a Comment