Wednesday, 31 December 2014

31 December 2014

Salam penghujung tahun.
Salam pengakhiran 2014.

Kali ni, seminggu sebelum 31 Dis aku dah peringat diri siap2 dah utk udpate blog. Yelah, rasanya azam aku tahun ni  takmau terlepas update blog mcm tahun lepas ahaha. Jadi, awal2 lagi aku dok bilang hari. Lagipun sekarang tgh cuti mid sem, tak cukup cuti 2 minggu, dpt cuti extend lg seminggu sbb UiTM nak selaraskan cuti utk kampus2 yg terjejas banjir. Total jd 3 weeks. Aku sempat start kuliah 3 minggu ja, itupun tak rasa mcm dah masuk kelas sbb lectures semua rileks ja. Sepanjang 3 minggu takdak kuiz/test. Gila heaven! Minggu first masuk uitm, aku balik umah for weekends. Minggu kedua ja aku tak balik, stay hostel. Then minggu ketiga tu aku balik awal, hari rabu dah balik umah hahaha. Semangat nak cuti kan. So, semua kuiz n tests start lepas cuti mid sem. And sepanjang kat umah, aku langsung tak study. Naya!

Cuti 2 minggu aku dah nak habis. Tambah lagi seminggu, dan aku rasa tgh kritikal sgt dah ni. Kalau lg seminggu ni aku tak study jugak, better aku berhenti study. HAHAHA.

Aku buat apa cuti 2 minggu ni? Buat kek. Instead of study, aku dok gigih google resepi kek. Kek paling win utk tahun ni adalah Chocolate Indulgence Cake. Nanti hujung2 entri aku letak gambar, ye? (kalau rajin) HEHEHE.

Lama tak menulis ni, rasa kekok pulak. So, dah hujung2 tahun 2014 ni, apa azam aku? Persoalannya, ada ke? Haaaa Ok, takmau letak banyak2 takut nanti tak tercapai. So azam aku simple ja, baru terpikir tadi lepas mkn malam. HAHAHA. Azam aku nak update blog TIAP-TIAP BULAN sepanjang tahun 2015. Haaa, ok la tuh kan? Simple ja, at least dlm satu bulan tu, ada la jugak satu entri, entri merepek pon jadilah. Entri malas nak study ke, entri lapar tak makan ke lantaklah janji ada hehehe.

Ok. Takmau taip banyak2 sbb aku nak pi tidoq. Satgi nak bangun study pulak. Tgk, tak masuk 2015 lagi, aku dah rajin. SEE! hahaha. Bwk2 la insaf, 2014 tinggal berapa minit ja lg nak habis ni. Kalau nak tgk balik kebelakang, apa yg terjadi sepanjang 2014 ni, mmg tak terakam dek ingatan, apatah lagi pendengaran dan penglihatan sbb semuanya bersifat sementara. Dunia pinjaman ALLAH. Aku cuma mampu bersyukur sbb masih lagi terjaga dari tidur semalam. Masih lagi diizinkan bernafas. Bagi orang2 yg dah tinggalkan kita sepanjang 2014 ni, semoga tenang di sana. Yang kita ada cuma kenangan. Jadi, pegang erat2.

Nak disimpulkan apa yg terjadi sepanjang 2014 dalam hidup aku ni, cuma aku boleh cakap, aku ingat 2 benda ja ; FINAL EXAMS. Aku hadap final exam 2 kali sepanjang 2014 which I could say, almost killed me. Separuh mati buat final exam. Tiap2 kali final aku menangis. Time tu la rasa diri bodoh, bangang, tak guna and everything else yg negative. Sungguh. Sakit final exams yg aku takkan lupa sampai bila2. Dan dari kesakitan final exams lah aku belajar bangkit dari kejatuhan. Boleh di katakan 2014 menyaksikan kejatuhan dan kebangkitan aku. Lepas dpt result teruk sem 2, aku bangkit, bangkit dari ditindas dan dihina sebab bodoh. Aku cuba buktikan dkt org2 yg pandang aku mcm "bodohnya pompuan ni, tak layak ambik kos farmasi." Oh crap, c'mon bitch, let me show you how IDIOTS I AM! Jadi, masa sem 3 aku dpt result jauh lebih dari sem 2. Senyum. Syukur alhamdulillah. Tu cuma kisah yang berkisar dlm hidup aku ja. Pada negara? Oh.. sangat banyak. Tak terkira betapa banyaknya titis air mata yang mengalir. Diseka, namun masih mengalir. Luka yg semua org merasainya walaupun tak berlaku dekat kita, tapi, sakitnya kita sama2 menanggung dan berkongsi,

Siapa sangka isi 2014 penuh dgn ranjau, suka duka, tangis tawa. Kita tak tahu bila hari terakhir seseorang tu dengan kita. Buat Malaysia, bertabahlah. 2014 mungkin jadi tahun keramat bagi memperingati pelbagai peristiwa buruk yg terjadi. Siapa sangka? Malaysia akan hilang beratus nyawa rakyatnya sepanjang tahun 2014.

Doa aku, semoga 2015 kita lebih ceria walaupun itu yang diharapkan semua org pd setiap masuknya tahun baru. Tak apa, berdoa saja. Allah itu ada.

Penghunjung tahun 2015 nanti, status aku dah bukan seorang pelajar. Tapi sebagai seorang pelatih. Maknanya aku sempat jadi pelajar sampai bulan 4 saja nanti. Sedih ada, happy pon ada. Sedih sbb nak tinggalkan classmates, housemates, roomates tapi happy sebab dpt duduk umah dgn mak. :)

Jadi, harapnya 2015 baik-baik saja. Semoga org2 yg dekat dgn aku dikurniakan kesihatan yg baik. Semoga panjang umur kita. Semoga berpanjang jodoh kita. Semoga, semoga dan semoga kita sentiasa dekat walau hakikatnya berjauhan jasad. Dan buat blog tersayang, selamat hari jadi sayang. I love you just as much as I love everyone. Dah berapa tahun eh? HAHAHA lupa pulak. Sorry!

Anyway, Selamat Tahun Baru 2015.

Salam sayang, penutup cerita duka 2014.

31 December 2014.
Wednesday.
23:58

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...