Ehem.. belakangan ni rasa macam best pulak hupdate belog. huh. Dah start post satu entri, terasa nak post lagi dan lagi dan lagi. Gian ke hapa ni?? ek eleh. Post merepek je pun nak kecoh. *mata ke atas tangan korek hidung*
Barangkali bosan yang terlebih dos mendorong aku untuk merepek? heh. Kenapa mood cuti yang aku tunggu-tunggu selalu bertukar menjadi tragis? Bosan, kelam dan.... dan.... habuk pun tarak! *sambil celet habuk dekat skrin lappy* Time dekat kolej, kemain pangkah kalender kira cuti. Tak cukup pangkah kalender kecik kenit yang tak berdosa tu, boleh pulak countdown dekat whiteboard.
Tak cukup lagi, pepetang jenguk dekat tingkap. Konon-konon bajet drama, letak kepala dekat tingkap, pandang luar, "I miss you............. homie!" Damn. Homesick sangat. Sebelum tidur, bayang rumah dulu. Bangun tidur pandang siling, bilik aku ke ni. *kesat-kesat mata* Oh. Sinetron sangat. Ni masalah orang tak tengok tv. Demam drama, sinetron, segala menda alah yang sumpah bila dah balik harem tak tengok. Dekat kolej je mengada itu ini. Serius wa cakap lu.
Dah cukup la. Pejam celik pejam celik esok lusa dah nak back to campus life. Hah sudah. Masalah tu. Tak puas lagi cuti. Jangan heret aku ke kampus!!!! *jerit kuat2*
Bella, The One and Only.
Kali ni nak story sikit pasal housemate a.k.a classmate haku. hoyeahhhh. Someone yang aku hadap siang malam pagi petang tiap2 hari nasib tak masuk dalam mimpi je. Kacau lu! haha. Kekadang, lepas makan tengah hari, aku take time sikit la nak bagi hadam makanan, so baring2 lah kejap barang seminit dua. Baru gaya nak lelap, gua rasa ada orang tengah lambai2 tangan depan mata, konon nak test la. Sekali gua bukak mata, cis! Rasa mcm nak cekik2, telan. Settle. Boleh pulak dia tersengih2 kacau mood hadam haku.
Gitulah makhluk Allah yang jadi makanan aku selama 6 bulan kat sana, si Bella. Err... makanan?
Senang cerita, ktaorang serumah and sekelas. So, senanglah keja kan. Bangun time yang sama, tapi normally dia siap dulu. Ok. Tu je senjata dia nak bahan aku hari2. "Cepattttttttttttttttttttttttttttttttt!" *sambil buat muka annoying depan pintu* Aku rasa, kalau ikutkan hati, dah lama dia blah tinggal aku terkedek cari matrik kad la, mind map la, semua benda aku nak cari dalam masa 5 minit yg terakhir. hua hua hua.
Tapi, naluri aku kuat mengatakan yang Bel takkan chiow tinggal aku sebab dia sendiri pun rasanya tak sanggup nak jalan gi kelas sensorang. ha ha. *selamat kau jah* Well, kekadang takut jugak sebab mood dia tak menentu. Ada hari happy gile vavi, ada hari macam nak kasik pelempang, ada hari mcm tak larat nak hidup. oh myyy. But.. aku ngaku memang gigit jari jugak la time mood vampire dia datang dek kena rasuk dengan roh Bella Swan. Kecik beso kecik beso je dia pandang aku mcm beruang nampak ikan. nyum-nyum ^^ *kau gile?*
Disebabkan mood gile babeng dia ni lah ramai yang takut nak dekat dgn dia masa memula start kelas dulu. Dan disebabkan dari awal lagi memang ktaorang jalan sesama gi kelas, situasi tu sumpah awkward gila ahh. Bayangkan korang jln dgn org yang ekspresi muka dia moody je hari2. Dah la serius bapak, senyum sikit pun tak nak. Mangsa keadaannya aku lah. Takut-takut je tgk org, dah tu org sebelah aku pun lagi la aku takut nak tengok. Pandang pun sipi-sipi. Masa memula je la. Sekarang ni ktaorg punya friendship dah sampai tahap 'wa-lu'. Kencang.
Time kat hostel lak, si Bella ni kalau otp dgn boyfie dia, walawehh. Rasa cam nak terjun tingkat 5. Tak sanggup eden. HA HA. Dorang punya suwittt.. halohhh. Kalo masok audition kompom lulus utk watak ganas-ganas.
Aku tak tahu la kalau-kalau Bel ni memang spesis jiwa kental. Tak main ayat I U / bie baby / Pa Ma *bihun pama* and so on. Sebab memang rock habis panggilan dorang. Sempoi wa cakap lu. Abang Long, Mael Lambung, Lan Todak pun cabut gigi kalau dengo. Gempak.
Tapi sokay. Benda dah lepas. Lagipun dorang dah ada life memasing.
Ada la satu hari tu memang aku punya otak dah takleh nak terima huruf dan nombor. So aku decide nak tengok movie. Nekad. Sebab sebelum ni tak berani nak sentuh menda movie2 ni. Buang masa gila kot. Tapi dek kerana otak da tepu, layankan jela.
Aku download random. Tapi tak sangka lak movie tu sedih bapak. Sempat jugak la menitik satu dua butir my teardrops. hukhuk. Rugi tu, kutip balik. HA HA. Kira plot cita tu berjaya buat batu kat dada aku ni lembut. Sikit. Sikit je. Dah lama tak layan movie jiwang kan. Mood nak nangis tu mcm nak tak nak je jadi. Ciss. Agaknya deria jiwang aku dah mati kot. hmm.
Di sebabkan movie tu best, maka aku pun berkempen lah dekat orang2 terdekat atau lebih tepat nak test tahap jiwang dorang. keh keh keh. Mana aci gua nangis sorang. Korang pun kena derma air mata barang setitik dua. Jadi ar.
Kena pulak si Bella ni ada sekali tu dok ngendeng suruh aku bukak movie yang best2. Apa lagi, tanduk dua aku pun naik tocang lah.
Gua nak test, hati lu batu ke betul2 hati.
Aku pun play lah movie Crazy Little Thing Call Love. Perghhh tajuk pun dah kemain acah emosi.
Movie pun boleh tahan gak la dia punya feeling. Pasal sorang junior sekolah yang tak cantik *hitam, selekeh, kurus, skema and out-to-date* jatuh hati dekat senior dia yang hensem gila bakhangg kalah mamat korea. Ibarat bintang di langit dengan honeystar dalam mangkuk berisi milo. So pompuan punya usaha nak tackle laki tu start dari dia hodoh sampailah dah jadi cantik and glemer pun dia tetap tak dapat. Macam2 halangan.
Sambil nonton, aku saja nak nganjing emosi Bella, "Dorang tak bersama jugak nanti. Pompuan tu nanti kawin dgn laki lain and laki tu dgn pompuan lain."
Aku cakap cenggitu sebab kira tu first tought aku masa layan movie. Nak tengok apa reaksi dia. kehkehkeh.
Well. Even itu adalah kali ke-3 aku layan movie tu, part laki tu reject si pompuan ni memang habis sedih ah. Lepas tuh aku pandang Bella. Guess what?? Dia nangis!!
Dalam hati aku dah gelak mengekek.
Ok. Success. Aku blah masuk bilik and gelak sambil peluk bantal. :D
Sekarang gua dah tahu dalam hati lu ada taman.
ihikkkss.
Bella... Bella...
Kalau time jiwang, memang lentok habis. Leleh air mata air hidung semua. Tapi time menyinga, serius gua surrender. Well. Perempuan itu tetap perempuan kan? Jangan marah na sayang.... itew nak test awak jew.
You are my rockstar!
my honeystar :)
my twinkle twinkle little star :)
and of course my SUPERSTAR!
Thanks for being my mate, Nur Nabila bt Abdul Manaf. May success will always be with you. Keep smiling and shining! Ganbattekudasai :)




:D . . . terok-2 , , jiwang-2 kental r beb kak yong ni , , bhahahaha
ReplyDelete