Thursday, 7 March 2013

Selamat Hari Wanita.

Salam Jumaat.
Salam Mac.
Salam Hari Wanita.

First dengar Madam Sue ckp hari ni hari wanita sedunia, terus rasa mcm, Oh. So sweet. Bestnya jadi wanita. Dihargai dan diingati.

Apa yang orang tahu tentang wanita? Siapa wanita?

Wanita itu adalah di antara ciptaan Allah yang sangat indah. Wanita itu cantik. Cantik yang tersendiri. Kerana Allah tidak menciptakan wanita itu semuanya dengan rupa paras yang sama ataupun kecantikan yang sama. Allah bagi yang berbeza-beza namun wanita itu tetap cantik.

Wanita itu....
sensitif,
cepat beremosi,
suka bergaul,
sukakan perhatian,
comel,
manja,
garang,
bengis,
tegas,
prihatin,
ego tetapi mudah bersimpati,
lembut,
penyayang,
pemaaf,
suka ketawa,
mudah menangis,
seorang ibu,
berjiwa kental............................

terlalu banyak dan tak mampu nak senaraikan semua sifat2 wanita kerana wanita terlalu ISTIMEWA.

Hargailah wanita anda. Allah ciptakan wanita sebagai seorang yang menenangkan. Menyejukan hati. Mendamaikan.


Aku wanita. Hati aku keras, tak selembut sutera. Cara aku kasar, tak semanis yang mereka sangka. Senyuman aku kekok, tak seindah bunga. Tapi kerana Allah tetapkan aku sebagai wanita, aku masih cantik. Kerana cantik itu adalah kurniaan-Nya.

Wanita. Jaga diri. Jaga maruah. Jaga harga diri. Jaga budi bahasa. Nilai seorang wanita itu sangat tinggi, jangan jadikan ia terlalu murah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...