Hahahaha.
Selamat bercuti semuanyaaa. Sebelum tu, gong xi gong xi. Maaf terlambat update, mcm biasa, cuti di dahulukan, update kemudian. hihi.
Well. Sesungguhnya aku tak rancang apa-apa pun utk cuti kali. Ingat nak relax2 kat rumah and study utk next exam. hmm. Study. Tengok. Betapa rajinnya aku sampai cuti pun still ingat nak study. Confirm dekan ni. Confirm! Haha.
Well lagi. Sesungguhnya apa yang kita rancang tak semestinya menjadi. Kan? Perasan tak? Rancang punyalah molek, atur tarikh hari masa semua ok dh, last2 tak jadi. Mesti korang penah alami situasi mcm tu walaupun sesaat kan. Confirm punyalah. Aci lawan kerat jari.
Ok. Nak flashback balik apa yang telah berlaku sehingga melencongkan niat suci aku.
Jumaat. 10.00 a.m.
Dalam kelas dah tak mampu nak fokus, asyik jeling menjeling je jam handset. Ok. sabar, sabar. Lepas habis kelas, otw nak pergi kolej kakak, nampak kereta bapak lintas depan jalan, terus jadi overdose. Nampak kereta mcm nampak rumah. Tahan kereta mcm pengemis, terus naik. Semua orang yang lalu lalang tercengang-cengang. Bapak i ok. Bapak i. You all jgn nak kotor sgt otak tu. hihik.
12.00 p.m.
Lepas habis packing barang and sumbat dlm bonet kereta, dah ready nak balik. Tapi... tapi... bapak singgah dkt seberang jaya pulak. Ada hal dengan my paksu. Katenyeeeee. Btw, sepupu aku ikut sekali, so bapak dia kirimkan dia dekat kami sementara nak berurusan. Tunggu punyalah tunggu. Sampai pukul 2 tak selesai berurusan lagi. Kami dalam kereta dah mcm OHH DAMN! Tepi jalan pulak tu. Lastly, selesai jugak. Sebagai balasan, sepupu aku nak ikut kitaorang balik sp. AWESOME. Apa lagi, dalam kelapa otak dah pikir macam2.
8.30 p.m.
Bila kami dah bertiga. Tak ada istilah lepak rumah je. Jangan harap. Tak payah nak tunggu esok. Malam tu jugak pergi karok. Tonight we are YOUNG.
Bermula dari situlah aku dah lupa niat asal aku nak balik study, buat assignment and blablabla. Keesokannya kitaorang pergi ber'boling la apa lagi. Boling dah diiktirafkan sebagai family sports. Dan juga antara sukan yang wajib dipertandingkan time raya. weeee~ *bila nak raya ni?*
Hee :) Meriah wak..
semua sempoi and sporting.
Dah penat2 main boling. Next day, kitaorang pergi Feringgi Beach pulak. Nampak tak permainan dia kat situ. Mula2 karok, lepas tu boling, then pantai. Perghhh. What a coincidence. Semua tu tak tersenarai lagsung dalam perancangan nak bercuti. Sumpah. Btw, thanks to my bro sebab merelakan diri menjadi driver kitaorang merangkap sponsor utk cuti kali. You rocks, bro!
Jap. Nak tempek gambar pantai pulak. Jangan jeles :P
Currently enjoying ourself at Batu Feringgi Beach.
Lets cuci mata baybehhhhh.
nyiahahaha! namo nakal2 nahh nak adik manessss ;)
Btw, kitaorang berkesempatan naik bananananaboat. hihik. Walaupun menjerit sampai nak tercabut anak tekak, enjoy! Walaupun sampai tercabut getah rambut, enjoy. Asalkan org sponsor. kehkehkeh. Tapi gambar meronggeng atas bananaboat ada kat sepupu aku. So, takleh nak tempek sini. wuwuwuwu.
Ok. Janji yang ni last pic.
terserlah ke'gangster-an aku di situ.
Lu sapa? Wa raja! Lu berak rata-rata hahaha
chillax :D
Dah, malas nak bebel lelama. gua chiaoooo dulu. Gong xi gong xi to my 'sayangs'!



No comments:
Post a Comment