Saturday, 31 December 2011

31 December 2011

Fuhhh! Fuhhh! Lega kot, hahaha. Baru habis siapkan banner blog kat atas tu haa. Adoi.. tak sangka pulak susah sesusahnya nak buat banner tu. Last-last siap jugak. Blog ni dah lama aku buat, tapi tersadai macam tu ja, masa tu SPM pun tak lepas lagi, mana nak ada masa nak melepak depan notebook ni. Setakat boleh register akaun ja lah. Sebelum nak spm memang aku selalu cakap, habis exam terus nak mula tulis blog. Itu janji aku setiap kali buka notebook.

Haha. Ok, aku habis exam 14 Dis, last paper, Engineering Technology 2, nak dijadikan cerita, aku punyalah tak tahan nak merdeka, exam habis pukul 12.45 tapi pukul 12 aku dah blah. *Sorry cikgu.*

Bila lagi nak merasa keluaq awai dr dewan kalau bukan hari last, ye dak? haha. Apa-apa pun, lambat atau cepat, kaki aku tetap melangkah dengan megahnya keluar dari dewan sambil mendabik dada. Bangga! Muka macam orang menang peraduan gores dan menang. Hahahaha.

Sebelum spm sembang laju nak buat blog, nak tulis blog, nak jadi blogger, walhal lepas spm aku buat menatang lain. Siap lupa password blog lagi. Sah pemalas. -.-' Daripada 14 Dis, sekarang ni dah jadi 31 Dis. Dah nak habis tahun dah pun. Sadis.. sadis. So aku pun terpikir lah nak buat sesuatu sebelum tamat 2011 ni. Nak tunaikan janji dengan blog terabai aku ni la.

Tak tau la pasai apa aku malas sangat nak menulis. Asyik bertangguh ja. Bukan tak penah ada blog, ada, siap dua tiga lagi, tapi semua aku tinggal macam tu ja, lupa password la, lupa id la. Hehehe. Kalau ada jodoh blog ni dengan aku, maka kekal lah, kalau tak ada, ehemm2... mungkin senasib dengan kawan-kawan dia yang lain. Ok lah, serius malas nak menulis.

Lagi beberapa minit dah nak masuk 2012. Azam tahun baru aku tak pikirkan lagi, sebab sekarang ni status aku school-leaver, haha, time sekolah ja asyik buat azam baru ni, nak belajar rajin-rajin lah, nak tumpu perhatian lebih la, nak jadi budak baiklah, exam nak dapat no.satu la, nak blablabla.... macam-macam lah, padahal sama ja macam tahun-tahun lepas, perangai liat macam lepat liat, malas sampai nak habis tahun baru nak sedar, lepastu terhegeh-hegeh dok atur azam baru pulak.

Hahaha.. kali ni nak masuk tengah bulan mungkin baru timbul kot azam aku. Kehkehkeh... apa-apa pun, aku sambut tahun baru dalam rumah ja. Tak da mood nak keluar sambut meriah-meriah bagai.

Esok pagi bangun, masih 01.01.2012 lagi, bukan lepas pukul 12 tengah malam nanti ja. Esok pun boleh sambut lagi, siap terang benderang lagi, takda lah aku nak tergagau-gagau tengah malam. Ok, sekian selamat tinggal 2011, tahun yang sangat stress n banyak buat aku rasa hidup aku damn sangat. Tapi tetap enjoy dengan setiap saat yang ada. Air mata, ketawa, sedih, bahagia, semua tu berharga weii :')

Sebelum tu jom layan gambar meroyan aku masa tengah buat exam. Serius takda mood nak menjawab wehh. Hehehehe. ;)

 hahaha. tak nampak ka? ala, sorry, hari last exam aku terpakai pensel HB pulak. heh.

bye2 ET. Semoga kita takkan jumpa lagi. Terserempak pun aku mintak simpang. 
Fobia.

p/s : Jumpa lagi tahun depan! kehkehkeh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...